Sejarah sukan


Mural kamar pengkebumian Mesir berusia sekitar 4,000 tahun, menunjukkan ahli gusti sedang beraksi.

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif.Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy